[LATEST VIDEO OF USANA ] :USANA 2011 NEW VIDEO ON MARKETING PLAN

June 16, 2010

What's Up, USANA?

What's Up, USANA?

Anda ialah apa yang anda makan


dipetik dari Harian Metro 16-6-10

Minda: Anai-anai dalam perut

Oleh Dr Khalib Abdul Latif

2010/06/16


KITA adalah apa yang kita makan. Begitulah ungkapan yang kita selalu dengar. Memang benarlah kalau ia dikaitkan dengan penyakit berkaitan dengan pemakanan seperti kegemukan atau obesiti.
Soalnya, apakah gemuk itu hodoh atau tidak sihat? Atau kalau dilihat pada puncanya, adakah makan itu salah? Hakikatnya dunia kini telah menerima fenomena gemuk dan makan-makan, meskipun fakta dan penemuan saintifik jelas menunjukkan keburukannya.
Lebih membingungkan lagi ialah apabila ramai pengkaji mula agak selesa dengan epidemik yang berlaku. Hujah yang dipakai ialah ‘tak apa gemuk tapi perlulah banyak bersenam’ atau ‘makanlah tapi kenalah bersenam’. Nampak logik, tetapi apa kesudahan corak gaya hidup yang ingin dibawa manusia? Campur tolak sama saja.
Memang diakui bersenam itu baik, malah Allah menjadikan anggota yang empat itu wajib digunakan untuk bergerak. Tetapi sejauh mana ia mengimbangi tabiat makan yang kita amalkan? Berapa kali kita makan sehari dan berapa kali kita bersenam sehari? Berapa lama masa yang diambil untuk makan sehari dan berapa lama masa diambil untuk bersenam sehari? Berapa jenis makanan yang kita ambil sehari dan berapa jenis senaman yang kita buat? Berbanding ‘benda’ yang keluar - najis, kencing, peluh dan udara - yang rata-rata sama dan sekata saja dari dulu hingga kini, nampaknya ‘benda’ yang masuk - makanan yang dimakan, air yang diminum dan udara yang disedut melebihi daripada keperluan yang diperlukan. Kita diberikan akal untuk boleh mengira berapa yang masuk dan berapa yang keluar.
Pengalaman kerana kehilangan insan tersayang pada saat-saat mereka masih diperlukan barangkali boleh memberi sedikit mesej untuk kita renungi dan seterusnya menjaga kesihatan kita seisi keluarga.
Ibu yang telah pergi kerana masalah kanser, bapa yang turut menjejaki kerana masalah kegagalan buah pinggang dan saudara kesayangan yang baru meninggal kerana serangan jantung adalah beberapa peristiwa kehidupan yang perlu dijadikan iktibar.
Tidak bolehkah kematian ini berlaku secara semula jadi, diambil kembali oleh Allah apabila umur benar-benar sudah tua? Kenapa harus mati muda? Kenapa harus berpenyakit? Memang benar semua penyakit bersebab, kerana itu dan ini. Tetapi berapa ramai orang yang mengakui bahawa ‘itu dan ini’ itu adalah dirinya sendiri? Justeru ungkapan ‘kita adalah apa yang kita makan’ bukan sekadar kata-kata gurauan. Nampaknya ia benar. Mesti ada sesuatu yang kita makan (termasuk juga apa yang kita minum dan sedut) menyebabkan kita berpenyakit. Lagi kita terpaksa mengakui bahawa kita melupai akal kita. Berbalik kepada makanan. Adakah kita ‘hidup untuk makan’ atau ‘makan untuk hidup’? Mereka yang berakal barangkali lebih selesa untuk menerima kenyataan kedua, maka dijagalah makanan agar ia tidak memudaratkan. Tetapi malanglah mereka yang melupakan akal dan membiarkan hidup ditunggangi nafsu makan.
Ketika menganalisis hubungan kematian, penyakit dan ‘benda yang dimasukkan ke dalam tubuh’, kebanyakan saintis sependapat dan mengakui wujud unsur dan mekanisme tertentu di dalam benda-benda’ ini sehingga mencetuskan kejadian penyakit dan kematian.
Ia bukan kesan racun, toksik, lebihan nutrien atau lain-lain bahan mudarat yang terbentuk seperti sering diperkatakan sesetengah pihak. Sebaliknya ia disebabkan kesan kecederaan yang berlaku akibat tindak balas pengoksidasian berterusan ekoran peneutralisasi radikal bebas yang dibawa ‘benda-benda’ ini.
Jenis penyakit akan bergantung kepada struktur tubuh yang cedera, sama ada struktur DNA, sel, tisu malah organ juga. Kanser kebiasaannya dikaitkan dengan kecederaan DNA, manakala penyakit saluran darah seperti penyakit jantung koronari adalah akibat kecederaan sel-sel yang mendindingi pembuluh darah itu sendiri.
Walaupun tubuh memiliki mekanisme semula jadi yang dapat meneutralisasikan radikal bebas menerusi perantara bahan-bahan bioaktif seperti glutathione, superoxide dismutase, catalise, co-enzyme Q10 atau alpa lipoic acid, namun corak kehidupan serta dunia yang kita hidup kini tidak memungkinkan untuk kita hanya berserah kepada sistem semula jadi ini saja. Kita harus membuat perubahan agar apa yang dimakan, apa yang diminum dan apa yang disedut tidak mengandungi bahan-bahan radikal bebas yang banyak.
Radikal bebas ini boleh diibaratkan ‘anai-anai’ yang nampak lemah tetapi mampu meroboh dan memusnahkan apa yang disayangi. Tindakan yang wajar dibuat ialah jangan biarkan ia memasuki tubuh. Berubah kepada cara pemakanan semula jadi dan jauhi menu makanan yang dicipta manusia barangkali adalah cara terbaik untuk mengelakkan kecelakaan ini.

Ikhlas dari,

Faizal Ariffin,

Director Usana Health Sciences Malaysia

013-2227306

http://www.usana4allmalaysia.usana.com

KELUARGA USANA 2011- Breaking Through!!