[LATEST VIDEO OF USANA ] :USANA 2011 NEW VIDEO ON MARKETING PLAN

November 5, 2009

    Renung2kan- Kisah seseorang- "Di saat waktu tidak lagi berguna"
    Hari ini saya ada satu kisah yang dijadikan agenda menarik untuk dikongsi bersama kawan-kawan dan sahabat seperjuangan saya di sini. Tajuk cerita saya ialah..

    "Di saat waktu tidak lagi berguna"

    Saya, di suatu majlis keramaian bersama-sama guru di sekolah di atas nama program kesihatan para pendidik bangsa.....

    bertanya seseorang dikalangan guru,"eh, jangan takut-takutkan!"jawab pendita dengan ringkas, "kena takutkan!"

    Pendita tersebut merupakan salah seorang bekas pendidik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan beliau mengutarakan ceramah mengenai kesihatan yang dianjurkan di salah sebuah sekolah di kawasan Gombak. Di dalam majlis tersebut terdapat banyak input yang berguna bagi setiap yang mengikutinya.
    Ceramah yang diberi oleh Ustaz yang dikenali sebagai Dr.Saifuddin ini cukup ringkas dan penuh bersemangat sehingga memukau para hadirin yang hadir walaupun hanya berbekalkan masa sebanyak 20 minit..

    Antara intipati ringkas dari ceramah beliau ialah menyentuh mengenai persoalan penyakit di sudut kacamata Islam. Juga, memberi penekanan yang lebih mendalam terhadap kepentingan orang Islam dari segi menjaga kesihatan kita untuk mencegah dari penyakit yang tidak menyangka akan berlaku dikala saat kita tidak mampu berbuat apa lagi.

    Kata beliau menerusi sabda nabi yang berbunyi,"kamu ialah apa yang kamu makan" dan "setiap dari manusia yang berpenyakit itu, puncanya ialah datangnya dari perut".Intisari dari sabda nabi ini menghuraikan seribu macam erti dan makna yang amat berguna kepada kita dalam menilai erti kesihatan diri.

    Kita sudah sedia maklum mengenai asas pencegahan diri kita ialah pada ajaran yang diterapkan oleh nabi. Namun, ia merupakan pilihan alternatif untuk mencari ihktiar ketika menjaga kesihatan diri kita dengan baik sehingga banyak rentetan hadis nabi yang menggariskan panduan yang amat berguna kepada kita mengenai masalah ini.Jadi, ia bergantung kepada masalah yang ditentukan datang dari persekitaran diri kita itu sendiri.

    Jadi, dengan berbekalkan saat masa yang diberi sebanyak 15-20 minit itu, Ustaz berjaya menyampaikan pesanan yang cukup berguna kepada semua di sana. Pelbagai kerenah dan reaksi dapat dilihat dan seterusnya dapat dinilai. Sebagai penutup, saya sampaikan salam kepada semua yang berada di sini serta kepada sahabat saya yang sudah tiada, didoakan dirahmati dan diberkati. Dan saya berpesan kepada diri saya dan sahabat saya sendiri melalui peringatan masa yang masih lagi berbaki sekarang supaya menjaga kesihatan kita melalui pemakanan kita sehari-hari. Itulah satu-satunya kata-kata yang terkeluar dari bibir Muhammad bin Abdullah dalam menyingkap makna kesihatan dalam memberi maksud kehidupan kita sebaliknya.

    Maka, renung-renugkanlah...
    "tunggu tidak cukup".. sesekali kita terasa membuat sesuatu pilihan itu bak nyawa berada di hujung tanduk padahal sebelumnya itu, kehadiran tanduk pun tidak kelihatan dek kelalaian mata dan keinginan yang terselubung..tanduk tumbuh tak kenal usia plak tu..namun pengakuan secara mutlak hanya layak pada tekad hati yang berpandukan waras dan iman.Taqwanya suatu terbitan. Dikala firman dibaca, sudah pun menjadi bubur......

    Memang sukar membuat pilihan..Hanya Allah pemudah cara- (berdasarkan pengalaman hidup yang dialami bersama rakan2)peringatan- untuk yang masih lagi belum-"ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara" selesaikannya satu persatu berpandukan firman dari surah al-baqarah pada ayat 216- carilah ihktiar untuk hidup, jangan kerosakan pula yang ditunggu!

    khas untuk sahabat-sahabat kita yang sudah meninggalkan kita dan kepada sahabat2 yang masih terus dalam perjuangan masing2 mencari kebahagiaan hidup yang sebenar... juga kepada sahabat yang diingati yang tiada di sini.. selamat meneruskan sisa hidup yang berbaki sementara dan teruskan mencari..



    • laman blog 7117 team, laman tukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai ilmu kesihatan, ilmu-ilmu islam dan sebagainya berkaitan dengan hidup dan masyarakat semasa. Silalah lawati bersam buah fikiran yang membantu



    • laman bisnes



    • laman maklumat terperinci (produk,peluang,info-sains
      ,info-news,info athletes, info-research, info-children hunger, dan banyak lagi)

KELUARGA USANA 2011- Breaking Through!!