[LATEST VIDEO OF USANA ] :USANA 2011 NEW VIDEO ON MARKETING PLAN

June 22, 2010

Program terbaru bagi Usana 7117 Group 2010

Special Program Khas untuk kumpulan Usana 7117 Dr radzi, Kami akan menganjurkan satu program besar-besaran di Palace Of Golden Horses (link) di area sungai besi Balakong, Selangor No tel:03-8943-2333.

Program ini di jangka akan memberi impak yang besar terhadap busines Usana anda dan juga rakan niaga anda di dalam Usana pada tahun 2010 ini.

Setiap daripada pengisian program hebat ini akan diisi penuh oleh penceramah kami iaitu Dr Mohd Radzi (link)dan Juga Mdm. Song (link) yang telah menjadi leader terpantas di dalam Usana.

Bagi ahli yang ingin merekrut rakan2 baru anda , anda boleh memilih mana2 sesi yang sesuai dan yang selesa bagi mereka.

sila refer dalam jadual yang diletakkan di dalam banner sebelah dan boleh hubungi orang yang incharge di dalam program ini iaitu saya sendiri: Muhd Faizal Bin Muhd Ariffin, (link)no tel 013-2227306.saya akan incharge segala perjalanan program ini bersama team saya.

Di sini saya letakan Link kedudukan Hotel Palace of Golden Horses( Clickformap).Nama bilik yang kita jalankan program ini ialah (ministry Room).

Segala pertanyaan anda boleh panjatkan kepada Fb saya ataupun call saya :013-2227306





June 18, 2010

Belajar dan terus belajar


Share|Belajar di tempat orang lain tidak salah..kita belajar macam mana untuk mempengaruhi dan cara untuk closing orang di tempat BOOM syarikat orang lain. Ini mungkin satu cara yang kuno,tetapi saya ingin menggunakan

June 16, 2010

What's Up, USANA?

What's Up, USANA?

Anda ialah apa yang anda makan


dipetik dari Harian Metro 16-6-10

Minda: Anai-anai dalam perut

Oleh Dr Khalib Abdul Latif

2010/06/16


KITA adalah apa yang kita makan. Begitulah ungkapan yang kita selalu dengar. Memang benarlah kalau ia dikaitkan dengan penyakit berkaitan dengan pemakanan seperti kegemukan atau obesiti.
Soalnya, apakah gemuk itu hodoh atau tidak sihat? Atau kalau dilihat pada puncanya, adakah makan itu salah? Hakikatnya dunia kini telah menerima fenomena gemuk dan makan-makan, meskipun fakta dan penemuan saintifik jelas menunjukkan keburukannya.
Lebih membingungkan lagi ialah apabila ramai pengkaji mula agak selesa dengan epidemik yang berlaku. Hujah yang dipakai ialah ‘tak apa gemuk tapi perlulah banyak bersenam’ atau ‘makanlah tapi kenalah bersenam’. Nampak logik, tetapi apa kesudahan corak gaya hidup yang ingin dibawa manusia? Campur tolak sama saja.
Memang diakui bersenam itu baik, malah Allah menjadikan anggota yang empat itu wajib digunakan untuk bergerak. Tetapi sejauh mana ia mengimbangi tabiat makan yang kita amalkan? Berapa kali kita makan sehari dan berapa kali kita bersenam sehari? Berapa lama masa yang diambil untuk makan sehari dan berapa lama masa diambil untuk bersenam sehari? Berapa jenis makanan yang kita ambil sehari dan berapa jenis senaman yang kita buat? Berbanding ‘benda’ yang keluar - najis, kencing, peluh dan udara - yang rata-rata sama dan sekata saja dari dulu hingga kini, nampaknya ‘benda’ yang masuk - makanan yang dimakan, air yang diminum dan udara yang disedut melebihi daripada keperluan yang diperlukan. Kita diberikan akal untuk boleh mengira berapa yang masuk dan berapa yang keluar.
Pengalaman kerana kehilangan insan tersayang pada saat-saat mereka masih diperlukan barangkali boleh memberi sedikit mesej untuk kita renungi dan seterusnya menjaga kesihatan kita seisi keluarga.
Ibu yang telah pergi kerana masalah kanser, bapa yang turut menjejaki kerana masalah kegagalan buah pinggang dan saudara kesayangan yang baru meninggal kerana serangan jantung adalah beberapa peristiwa kehidupan yang perlu dijadikan iktibar.
Tidak bolehkah kematian ini berlaku secara semula jadi, diambil kembali oleh Allah apabila umur benar-benar sudah tua? Kenapa harus mati muda? Kenapa harus berpenyakit? Memang benar semua penyakit bersebab, kerana itu dan ini. Tetapi berapa ramai orang yang mengakui bahawa ‘itu dan ini’ itu adalah dirinya sendiri? Justeru ungkapan ‘kita adalah apa yang kita makan’ bukan sekadar kata-kata gurauan. Nampaknya ia benar. Mesti ada sesuatu yang kita makan (termasuk juga apa yang kita minum dan sedut) menyebabkan kita berpenyakit. Lagi kita terpaksa mengakui bahawa kita melupai akal kita. Berbalik kepada makanan. Adakah kita ‘hidup untuk makan’ atau ‘makan untuk hidup’? Mereka yang berakal barangkali lebih selesa untuk menerima kenyataan kedua, maka dijagalah makanan agar ia tidak memudaratkan. Tetapi malanglah mereka yang melupakan akal dan membiarkan hidup ditunggangi nafsu makan.
Ketika menganalisis hubungan kematian, penyakit dan ‘benda yang dimasukkan ke dalam tubuh’, kebanyakan saintis sependapat dan mengakui wujud unsur dan mekanisme tertentu di dalam benda-benda’ ini sehingga mencetuskan kejadian penyakit dan kematian.
Ia bukan kesan racun, toksik, lebihan nutrien atau lain-lain bahan mudarat yang terbentuk seperti sering diperkatakan sesetengah pihak. Sebaliknya ia disebabkan kesan kecederaan yang berlaku akibat tindak balas pengoksidasian berterusan ekoran peneutralisasi radikal bebas yang dibawa ‘benda-benda’ ini.
Jenis penyakit akan bergantung kepada struktur tubuh yang cedera, sama ada struktur DNA, sel, tisu malah organ juga. Kanser kebiasaannya dikaitkan dengan kecederaan DNA, manakala penyakit saluran darah seperti penyakit jantung koronari adalah akibat kecederaan sel-sel yang mendindingi pembuluh darah itu sendiri.
Walaupun tubuh memiliki mekanisme semula jadi yang dapat meneutralisasikan radikal bebas menerusi perantara bahan-bahan bioaktif seperti glutathione, superoxide dismutase, catalise, co-enzyme Q10 atau alpa lipoic acid, namun corak kehidupan serta dunia yang kita hidup kini tidak memungkinkan untuk kita hanya berserah kepada sistem semula jadi ini saja. Kita harus membuat perubahan agar apa yang dimakan, apa yang diminum dan apa yang disedut tidak mengandungi bahan-bahan radikal bebas yang banyak.
Radikal bebas ini boleh diibaratkan ‘anai-anai’ yang nampak lemah tetapi mampu meroboh dan memusnahkan apa yang disayangi. Tindakan yang wajar dibuat ialah jangan biarkan ia memasuki tubuh. Berubah kepada cara pemakanan semula jadi dan jauhi menu makanan yang dicipta manusia barangkali adalah cara terbaik untuk mengelakkan kecelakaan ini.

Ikhlas dari,

Faizal Ariffin,

Director Usana Health Sciences Malaysia

013-2227306

http://www.usana4allmalaysia.usana.com

June 7, 2010

Antara cerita kosong dan kebenaran??

30 January 2010, satu tarikh keramat yang mana aku telah memperkenalkan dan bercerita tentang kebenaran USANA kepada jiranku dan juga sedaraku .

Mak Nah(nama sebenar aku tak ingat) , aku just panggil maknah jer sejak aku kecik sampai sekarang pon, telah menggunakan Usana bermula bulan February 2010 sehingga sekarang.

Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku dop cerita tentang Mak nah ni yang dop pegang botol Proflavanol USANA tu kan??huhu..sebenarnya Mak Nah telah mengalami penyakit kronik high Blood Pressure atau bahasa kampungnye ialah darah tinggi dah 10 tahun..hah??betol ke 10 tahun??jawapannya BETUL lagi Benar.Kerjanya asyik berulang alik ke hospital jer setiap seminggu sekali. Pergi hospital doktor check tekanan darah mak nah. " ish.. kenapa boleh jadi 200 lebih ni tekanan darah makcik"??" mak cik tak makan ubat ker"??kata doktor dengan marah." saya makan la cik, tapi kadang-kadang terlupa"kata Mak Nah."Mak cik kena selalu makan ubat ni supaya darah makcik turun".Ish..sampai bila la saya kena telan ubat hospital ni??kata mak nah dalam hatinya.nak ditnya doktor malulah pulak.kot-kot doktor tu marah lagi kat beliau.issh pening-pening..

Itulah yang berlaku kepada maknah orang kampung Serendah Chetok Pasir mas Kelantan.Penyakitnya masih di takuk lama.Pernah maknah rebah secara tiba-tiba sehingga tidak sedarkan diri dan hanya sedar ketika mana beliau berada di ward hospital kerajaan.

Berita ini memang telah tersebar di seluruh kampung Serendah pasir mas. Hampir setiap petang ada aja orang bertandang ke rumah beliau untuk bertanya khabar tentang kesihatan beliau setelah dia pulang dari ward. ada yang membawa gula, biskut,duit dan juga buah epal huhu.Inilah realiti yang berlaku di kampung ketika mana melawat orang sakit.

Dengan Pertolongan Allah Subhanahuwataala, saya memberanikan diri untuk tampil menceritakan tentang kehebatan Produk USANA ini kepada mak nah. Sekarang ini Alhamdulillah Mak Nah dalam proses pemulihan dari penyakitnya.

Syukur saya ke Hadrat Ilahi kerana saya boleh membantu sedara saya yang sakit tenat dan juga boleh mengubah kesihatan mak nah dari tidak sihat kepada sihat..Alhamdulillah!!Syukur Alhamdulilah..

Anda bagaimana??tepuk dada dan tanya keluarga anda yang mempunyai masalah kesihatan.Apa moral of the story yang saya nak caritakan di sini ialah Supplement amat PENTING untuk anda demi kesihatan yang berpanjangan.Ubat hospital adalah satu pil yang boleh merosakkan organ body yang lain dan tidak akan menyembuhkan penyakit tersebut..

so, fikir2kanlah..jumpa anda sebagai keluarga yang paling sihat di muka Bumi.,insyaAllah..



Promotion June 2010

kini Promosi Usana kembali lagi!! kali ini Usana memperkenalkan Vocher rm 200 kepada pelanggan baru Usana yang mendaftarkan diri mereka sebagai biz members Plan 3 Business Centre(Bc).

Promosi ini terhad kepada members Usana yang baru bermula 7 June sehingga 26 June 2010.

ini adalah promosi yang bagus untuk ahli yang lama dan semestinya kepada ahli yang baru untuk meletupkan biz mereka sehingga melahirkan Platinum pacesetters dan sebagainya. Kapppow!!haha

Penjimatan rm 200 ini nyata akan memberikan impact yang besar kepada members Usana di Malaysia dan juga Singapore. Rebutlah peluang ini dengan segera.

Bagi USANA7117 team..jom sama2 kita letupkan peluang ini dan gunakan peluang ini sebaik mungkin . Mungkin anda masih ingat lagi kita punya prinsip?? ~Never Give Up~!!

Sekian,
Ikhlas Dari,
Faizal Ariffin,
(Director)
Usana Health Sciences Malaysia
http://www.usana7117.usana.com

KELUARGA USANA 2011- Breaking Through!!